Setakat mana yang mungkin, kami mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda, contohnya secara peribadi, melalui telefon, melalui e-mel, apabila anda membuka akaun dengan kami atau melengkapkan salah satu borang kami dalam talian atau dalam bentuk salinan keras atau menghadiri suatu sesi kumpulan di salah satu daripada pusat penilaian kami. Kami boleh merakam atau mendengar panggilan telefon antara anda dan perunding kami untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan kami. Apabila ini berlaku, anda mempunyai peluang sama ada untuk menamatkan panggilan, atau meminta untuk dipindahkan ke satu lagi talian di mana pemantauan atau rakaman tidak dilakukan (jika ada).
Dalam kebanyakan keadaan kami juga akan mendapatkan maklumat peribadi anda daripada pihak ketiga seperti pelanggan kami, orang-orang yang anda rujuk, institusi pendidikan dan majikan terdahulu dan terkini anda.
Kami juga mungkin akan secara automatik mengumpul maklumat tertentu apabila anda melawat laman web kami, di mana sesetengah maklumat tersebut boleh mengenal pasti anda secara peribadi. Maklumat tersebut termasuk jenis pelayar yang anda gunakan, jenis sistem operasi yang anda gunakan, alamat IP anda dan bagaimana anda menggunakan laman web kami.
Jika anda ingin mengakses mana-mana perkhidmatan kami secara tanpa nama, sila maklumkan kepada kami secara bertulis. Jika ini boleh dilakukan dan sah, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memenuhi permintaan anda. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak memberikan maklumat peribadi anda, kami mungkin tidak dapat menyediakan anda dengan perkhidmatan atau bantuan yang anda perlukan, termasuk mengaturkan temuduga yang sesuai untuk anda.
Jika anda memberikan kami maklumat peribadi mengenai individu lain, sebelum berbuat demikian anda:
- mesti memberitahu individu tersebut yang anda akan memberikan maklumat peribadi mereka kepada kami dan bahawa kami akan mengendalikan maklumat peribadi mereka selaras dengan Polisi Privasi ini;
- mesti memberikan individu tersebut dengan satu salinan (atau merujuk mereka kepada) Polisi Privasi ini; dan
- menjamin bahawa anda mempunyai kebenaran individu tersebut untuk memberikan maklumat peribadi mereka kepada kami.